Dana kecemasan dan tempat untuk membuat simpanan
Simpanan kecemasan (emergency saving) adalah dana tunai yang diperuntukkan khas untuk menampung perbelanjaan luar jangka seperti kehilangan pekerjaan, kos perubatan mengejut, atau kerosakan kenderaan. Tanpa penampan kewangan ini, kita terdedah kepada risiko hutang kad kredit atau pinjaman peribadi berfaedah tinggi apabila ditimpa musibah. Pakar kewangan menyarankan agar anda menyimpan 3 hingga 6 bulan nilai perbelanjaan asas bulanan sebagai asas penampan kewangan anda. Saya sendiri merancang untuk mempunyai 6 bulan simpanan tetapi setakat ini saya hanya mempunyai sebulan simpanan jadi saya sendiri perlu untuk mengumpul simpanan kecemasan untuk lima bulan lagi. 1. Cara mengira keperluan dana kecemasan anda Sebelum memilih tempat simpanan, anda perlu tahu jumlah yang ingin dicapai. Ikuti formula mudah 3 langkah ini: Kenal pasti perbelanjaan asas seperti kos sewa rumah/ansuran bulanan rumah, pinjaman kereta, bil utiliti, makanan, dan perlindungan insurans/takaful dan perbelanjaan-perbelan...