Posts

Cara saya memilih saham untuk pelaburan di Bursa Malaysia

Image
Assalamualaikum.. Di posting kali ini saya akan berkongsi pendekatan saya untuk memilih saham untuk dibeli di Bursa Malaysia. Untuk pengetahuan semua saya baru saja mula melabur di Bursa Malaysia dalam tempoh lebih kurang satu tahun lebih. Saya tidak mempunyai sebarang Ijazah di bidang Perakaunan, Kewangan ataupun Ekonomi. Jadi anda tidak boleh mengambil pengalaman saya sebagai panduan penuh tanpa mendapatkan nasihat dari pakar-pakar penasihat pelaburan bertauliah sekiranya turut mahu melabur di Bursa Malaysia.  Baiklah secara peribadi saya hanya akan membeli saham-saham daripada syarikat yang menyediakan perkhidmatan ataupun barangan kegemaran saya sahaja. Jarang-jarang sekali untuk saya membeli saham-saham daripada syarikat yang tidak saya ketahui perkhidmatan ataupun barangan mereka. Sebagai contoh saya gemar untuk membeli pakaian di kedai "Brand Outlet" jadi sudah tentu adalah sangat munasabah bagi saya untuk membeli saham syarikat "Padini" kerana kedai "Br...

Berdagang atau melabur di Bursa Malaysia? Cara manakah akan mengembangkan akaun anda dengan lebih cepat?

Image
Assalamualaikum, Dalam hantaran blog saya pada kali ini saya akan berkongsi persoalan ketika saya mula-mula membeli saham di Bursa Malaysia lebih kurang dua tahun lepas. Persoalan tersebut adalah adakah akaun saya akan berkembang dengan lebih cepat sekiranya saya melabur untuk jangka panjang (mungkin lebih lima tahun) atau perlukah saya berdagang di Bursa Malaysia (berjual beli dalam jangka masa pendek sekitar dua tiga bulan selepas membeli saham) untuk memastikan akaun saya dapat berkembang dengan lebih cepat? Jadi sekarang selepas dua tahun dan setelah melakukan kedua-dua pilihan (iaitu memegang saham jangka panjang selama lebih kurang 2 tahun) dan berjual beli untuk pegangan jangka masa pendek, maka saya kini berasa yakin dapat menjawab persoalan tersebut, sekurang-kurangnya bagi diri saya sendiri. 1.Pelaburan Secara ringkasnya saya merasakan bahawa kedua-dua pilihan adalah diperlukan. Pelaburan jangka masa panjang adalah diperlukan untuk memastikan akaun anda berkembang pada jangka...

Cara jual dan beli saham di Bursa Malaysia menggunakan MooMoo

Image
Assalamualaikum,  Melalui hantaran blog saya pada kali ini saya akan berkongsi cara untuk membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia menggunakan applikasi Moomoo yang boleh anda lakukan menggunakan telefon pintar anda. Sebelum boleh berjual beli ataupun melabur di Bursa Malaysia anda perlu membuka akaun untuk pelaburan dan proses ini boleh dibuat secara online menggunakan applikasi Moomoo. Permohonan biasanya akan diproses selama dua hari bekerja dan selepas akaun dibuka anda boleh meletakkan wang deposit ke akaun anda menggunakan bank transfer yang boleh dilakukan secara mudah. Maka setelah anda meletakkan wang tersebut anda sudah boleh mula melabur serendah RM100, tapi saya selalunya melabur dalam jumlah RM1000 untuk memastikan jumlah peratusan bayaran-bayaran terbabit - seperti caj komisyen iaitu 0.03% dari harga jualan dan belian, caj platform RM3, caj jualan SST 8% ke atas caj komisyen dan platform, cukai clearing fee 0.03% dari jumlah transaksi dan cukai setem RM1 bagi setia...

Broker saham pilihan saya yang patuh syariah

Image
Assalamualaikum, Dalam hantaran blog saya pada kali ini saya akan berkongsi pengalaman tentang broker-broker saham yang telah saya gunakan untuk membeli saham di Bursa Malaysia. Secara umumnya broker-broker konvensional adalah lebih kompetitif dari segi bayaran komisyen yang lebih rendah terutama untuk jumlah pembelian yang kecil dan adalah lebih mudah untuk membuka akaun dengan mereka berbanding broker-broker yang patuh syariah. Sekurang-kurangnya begitulah pengalaman saya semasa saya mahu membuka akaun sekitar tahun 2023. Ini berkemungkinan kerana jumlah pelanggan yang mahukan pihak broker yang patuh syariah masih kecil jumlahnya ataupun pihak industri masih lagi tidak peka dengan kehendak pengguna semasa. 1.Rakuten Trade Saya bermula membeli saham dengan Rakuten Trade kerana pembukaan akaun boleh dilakukan secara online dan proses pendaftaran dapat dilakukan secara pantas. Seingat saya, saya tidak mempunyai akaun CDS pada waktu itu, jadi pembukaan akaun CDS turut dilakuk...

Kitaran tahunan pasaran saham dan kitaran pasaran 7 tahun

Image
Assalamualaikum,  Dalam hantaran blog saya pada kali ini saya ingin menulis tentang kitaran tahunan pasaran saham, dan setelah menggunakan AI dan berdasarkan pengalaman saya sendiri bolehlah saya meringkaskan kitaran tersebut seperti di bawah. Terdapat dua jenis kitaran pasaran saham asas yang telah membantu saya untuk memahami pergerakan pasaran saham semenjak saya mula-mula berjinak-jinak untuk melabur dan berdagang di Bursa Malaysia semenjak lebih dua tahun lepas. Kitaran pasaran saham ini boleh anda kaji dengan lebih mendalam lagi sekiranya anda menggunakan AI untuk memberikan penjelasan lebih lanjut kepada anda. Jadi saya disini turut menggunakan AI untuk membuat ringkasan tentang kitaran-kitaran tersebut dan selain dari kitaran-kitaran ini juga ada kitaran-kitaran lain yang akan memberikan anda kelebihan sekiranya mengetahui tentang kitaran tersebut, tetapi bagi saya yang suka mempunyai garis panduan yang mudah maka saya biasanya akan hanya menggunakan dua kitaran ini sebagai...

Yes - Ajak dan dapatkan ganjaran

Image
Assalamualaikum, Dalam hantaran blog saya pada kali ini saya akan berkongsi tentang program referral/rujukan syarikat telco Yes yang akan membolehkan anda mendapatkan ganjaran sehingga  RM50 sekiranya anda berjaya mengajak kawan-kawan anda untuk bertukar melanggan perkhidmatan syarikat telefon Yes. Saya sendiri sudah lebih dua tahun menggunakan perkhimatan syarikat Telco Yes, dan setakat ini berpuas hati dengan perkhimatan yang diberikan berbanding harga yang perlu dibayar. Dengan hanya bayaran bulanan RM20, saya dapat menikmati 50GB data beserta hotspot dan tempoh luput selama 30 hari.Bagaimanapun perkhimatan mungkin akan tergendala di kawasan seperti di dalam bangunan yang besar dan di kawasan bawah tanah. Saya selalunya mengatasi masalah ini dengan mempunyai perkhimatan telefon talian kedua yang mempunyai data internet dengan tempoh luput yang panjang seperti Hotlink pantas ataupun Unifi Mobile. Tetapi kerana perkara ini jarang-jarang berlaku dan saya tidak menggunak...

Wise - kirim, simpan dan berbelanja matawang asing

Image
Assalamualaikum, Pernah tak anda menghadapi masalah tentang matawang asing yang berbaki sedikit selepas perjalanan anda ke luar negara dan tidak tahu di mana boleh menyimpan matawang tersebut? Ataupun anda mahu menyimpan matawang asing secara sedikit-sedikit sebelum perjalanan anda tetapi tidak mempunyai platfrom untuk berbuat demikian?  Kini dengan Wise Malaysia (dahulunya TransferWise) anda tidak akan mengalami masalah tersebut. Sama ada anda seorang kaki travel, peminat tegar online shopping di laman web luar negara, atau ibu bapa yang menanggung anak belajar di luar negara, Wise adalah "talian hayat" kewangan digital yang wajib anda ada. Dalam hantaran blog saya kali ini saya akan merungkai tentang cara guna Wise di Malaysia dan kelebihan yang anda wajib tahu untuk menyimpan dan mengirim matawang asing serta berbelanja menggunakan matawang asing! 1.Apa Itu Wise Malaysia? Wise Malaysia (dikendalikan oleh Wise Payments Malaysia Sdn. Bhd.) ialah perkhidmatan kewangan digital...