Yes - Ajak dan dapatkan ganjaran
Assalamualaikum,
Dalam hantaran blog saya pada kali ini saya akan berkongsi tentang program referral/rujukan syarikat telco Yes yang akan membolehkan anda mendapatkan ganjaran sehingga RM50 sekiranya anda berjaya mengajak kawan-kawan anda untuk bertukar melanggan perkhidmatan syarikat telefon Yes. Saya sendiri sudah lebih dua tahun menggunakan perkhimatan syarikat Telco Yes, dan setakat ini berpuas hati dengan perkhimatan yang diberikan berbanding harga yang perlu dibayar.
Dengan hanya bayaran bulanan RM20, saya dapat menikmati 50GB data beserta hotspot dan tempoh luput selama 30 hari.Bagaimanapun perkhimatan mungkin akan tergendala di kawasan seperti di dalam bangunan yang besar dan di kawasan bawah tanah. Saya selalunya mengatasi masalah ini dengan mempunyai perkhimatan telefon talian kedua yang mempunyai data internet dengan tempoh luput yang panjang seperti Hotlink pantas ataupun Unifi Mobile. Tetapi kerana perkara ini jarang-jarang berlaku dan saya tidak menggunakan perkhimatan telefon bimbit saya semasa bekerja jadi ia bukanlah menjadi satu masalah besar kepada saya.
Selain pakej pasca bayar ini terdapat juga pakej-pakej prabayar lain yang boleh anda gunakan yang bersesuaian dengan keperluan anda. Sekiranya anda ingin melanggan perkhidmatan Yes anda boleh menggunakan pautan saya di sini dan kita mungkin layak mendapat ganjaran sehingga RM50 seorang. Anda juga boleh mengekalkan nombor sedia ada ataupun mendapatkan nombor yang baru.
Baiklah begitulah hantaran blog saya buat kali ini, semoga berjumpa lagi di hantaran-hantaran blog saya di masa akan datang.
Comments
Post a Comment