Dana kecemasan dan tempat untuk membuat simpanan
Simpanan kecemasan (emergency saving) adalah dana tunai yang diperuntukkan khas untuk menampung perbelanjaan luar jangka seperti kehilangan pekerjaan, kos perubatan mengejut, atau kerosakan kenderaan. Tanpa penampan kewangan ini, kita terdedah kepada risiko hutang kad kredit atau pinjaman peribadi berfaedah tinggi apabila ditimpa musibah.
Pakar kewangan menyarankan agar anda menyimpan 3 hingga 6 bulan nilai perbelanjaan asas bulanan sebagai asas penampan kewangan anda. Saya sendiri merancang untuk mempunyai 6 bulan simpanan tetapi setakat ini saya hanya mempunyai sebulan simpanan jadi saya sendiri perlu untuk mengumpul simpanan kecemasan untuk lima bulan lagi.
1.Cara mengira keperluan dana kecemasan anda
Sebelum memilih tempat simpanan, anda perlu tahu jumlah yang ingin dicapai. Ikuti formula mudah 3 langkah ini:
Kenal pasti perbelanjaan asas seperti kos sewa rumah/ansuran bulanan rumah, pinjaman kereta, bil utiliti, makanan, dan perlindungan insurans/takaful dan perbelanjaan-perbelanjaan lain. Sekiranya anda bekerja dan mendapat gaji bulanan anda juga boleh menggunakan jumlah gaji anda sebagai jumlah simpanan asas yang diperlukan.
Selepas itu tentukan tempoh bertahan yang ingin dicapai. Anda boleh memilih untuk mengumpul dana kecemasan sama ada 3 bulan sekiranya anda mendapat gaji bulanan ataupun simpanan kecemasan untuk enam bulan sekiranya anda bekerja sendiri atau bekerja berasaskan komisyen. Sebagai contoh sekiranya kos asas anda adalah RM2500 ataupun gaji anda adalah RM2500 sebulan dan anda mahu perlindungan 6 bulan, maka sasaran tabung simpanan anda ialah RM15,000.
2. Empat tempat terbaik menyimpan dana kecemasan di Malaysia
Kunci utama bagi simpanan kecemasan adalah kecairan (liquidity)—iaitu wang tersebut mestilah selamat daripada turun naik pasaran dan boleh dikeluarkan dengan pantas pada bila-bila masa.
Abaikan instrumen berisiko tinggi seperti saham atau kripto untuk tujuan ini. Sebaliknya, gunakan 4 pilihan tempat simpanan berikut:
2.1 Bank Digital (Digital Banks)
Bank digital patuh syariah dan konvensional yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia menawarkan kadar faedah/keuntungan harian yang tinggi tanpa perlu mengunci (lock) wang anda. Contoh-contoh Bank digital adalah AEON Bank, KAF Digital Bank, GXBank, dan Boost Bank. Kelebihan menggunakan Bank-bank terbabit adalah anda akan mendapat pulangan faedah sekitar 3.0% hingga 4.0% setahun. Faedah akan dikreditkan secara harian atau bulanan, dan dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000.
2.2 Platform Pengurusan Tunai (Cash Management Platforms)
Platform ini melaburkan wang anda ke dalam Dana Pasaran Wang (Money Market Funds) yang berisiko sangat rendah.
Contoh-contoh platform yang menggunakan dana pasaran kewangan adalah Versa Cash / Versa Cash-i, KDI Save, atau StashAway Simple. Kelebihan menggunakan platform pengurusan tunai adalah pulangan keuntungan yang kompetitif setaraf deposit tetap (FD) tetapi wang boleh dikeluarkan dalam masa 1 hingga 2 hari bekerja tanpa sebarang penalti pengeluaran awal.
3 Amanah Saham Bumiputera (ASB) & Tabung Haji
Kedua-dua instrumen simpanan ini sudah lama menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Akaun ASB selalunya menjadi pilihan rakyat bertaraf bumiputera dan Lembaga Tabung Haji biasanya menjadi pilihan mereka yang beragama Islam untuk menunaikan haji. Diantara kelebihan instrumen ini adalah nilai pokok yang tetap (RM1 seunit untuk ASB), jadi ini bermakna modal anda tidak akan lebur. Pengeluaran kecemasan kini lebih mudah dapat dilakukan kerana boleh melalui aplikasi dalam talian (dengan had tertentu) atau terus di kaunter.
2.4. Akaun E-Wallet Terpilih
Beberapa aplikasi dompet digital kini turut diintegrasikan dengan dana pasaran wang untuk memberikan pulangan atas baki simpanan anda. Sebagai contoh melalui ciri GO+, anda boleh menggunakan ciri dana pasaran wang menggunakan applikasi Touch 'n Go eWallet . Di antara kelebihan pilihan ini adalah simpanan anda sangat cair kerana wang boleh digunakan serta-merta untuk pembayaran harian atau dipindahkan semula ke akaun bank utama dalam masa beberapa saat sahaja.
3. Strategi Pembahagian: Jangan hanya menyimpan di satu tempat
Untuk mengoptimumkan kecairan dan pulangan, bahagikan dana kecemasan anda menggunakan
strategi 2-lapisan.
Lapisan pertama ataupun tahap-1 adalah bagi dana yang boleh anda gunakan pada bila2 masa sebanyak 30% daripada keseluruhan simpanan kecemasan anda. Ia boleh disimpan di Bank Digital ataupun di TNG GO+. Wang ini mestilah sedia digunakan pada waktu malam atau hujung minggu jika kad bank anda disekat atau kereta rosak di jalanan.
Lapisan kedua ataupun simpanan tahap ke-2 pula akan memberikan pulangan lebih tinggi iaitu merupakan 70% daripada simpanan keseluruhan. Jumlah ini boleh disimpan di ASB atau Platform Pengurusan Tunai.
Wang ini memberikan pulangan dividen yang lebih baik untuk mengekang inflasi sementara menunggu waktu diperlukan.
Mulakan langkah pertama hari ini dengan mengaktifkan pemindahan automatik (auto-deduct) setiap kali menerima gaji. Walaupun bermula dengan RM50 sebulan, konsistensi adalah kunci utama untuk membina payung kewangan sebelum hujan. Cuba menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus dari pendapatan anda untuk membina simpanan kecemasan dan untuk mendisiplinkan diri dari terus membelanjakan pendapatan anda keseluruhannya.
4. Instrumen pilihan saya
Bagi saya pilihan platform untuk simpanan adalah Aeon Bank kerana ia menawarkan kadar keuntungan tabung sehinga 3 peratus. Anda boleh menggunakan kod referral AB522431 untuk menikmati kadar keuntungan tabung sebanyak 3.08%😉
Selain itu saya juga turut menyimpan sejumlah kecil di Versa-i. Bagaimanapun platform ini tidak begitu cair kerana ia akan mengambil masa selama dua hari untuk mengeluarkan simpanan saya. Tetapi saya menyukai platform ini kerana adalah lebih susah untuk saya mengeluarkan simpanan di sini. Simpanan Versa-i bagaimanapun adalah berdasarkan dana pasaran matawang jadi ia tidak dilindungi PIDM. Bagaimanapun risiko yang ada adalah begitu rendah jadi saya mungkin menambah simpanan dan pelaburan di Versa saya. Selain itu Versa juga memberikan ganjaran RM10 jika anda berjaya mendaftarkan kawan-kawan anda melalui pautan anda. Jadi untuk menyertai Versa anda boleh mengunakan pautan saya di bawah;
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan;
i)muat turun applikasi Versa di pautan
ii). Daftar menggunakan kod rujukan saya: H5A7PN3V
iii). Lengkapkan proses pendaftaran anda.
iv). Masukkan duit samada untuk simpanan sekiranya menggunakan Versa cash-i ataupun pelaburan pertama anda melalui pelaburan dengan jumlah minimum RM100 untuk mendapatkam ganjaran balik RM10. Anda juga boleh meyimpan atau melabur RM10 sahaja tetapi anda tidak akan mendapat ganjaran balik RM10.
Baiklah sekian hantaran blog saya bagi simpanan akaun kecemasan dan tempat-tempat di mana anda boleh membuat simpanan. Semoga bertemu lagi di hantaran blog saya di masa-masa akan datang Insya Allah.
Comments
Post a Comment