Berdagang atau melabur di Bursa Malaysia? Cara manakah akan mengembangkan akaun anda dengan lebih cepat?
Assalamualaikum, Dalam hantaran blog saya pada kali ini saya akan berkongsi persoalan ketika saya mula-mula membeli saham di Bursa Malaysia lebih kurang dua tahun lepas. Persoalan tersebut adalah adakah akaun saya akan berkembang dengan lebih cepat sekiranya saya melabur untuk jangka panjang (mungkin lebih lima tahun) atau perlukah saya berdagang di Bursa Malaysia (berjual beli dalam jangka masa pendek sekitar dua tiga bulan selepas membeli saham) untuk memastikan akaun saya dapat berkembang dengan lebih cepat? Jadi sekarang selepas dua tahun dan setelah melakukan kedua-dua pilihan (iaitu memegang saham jangka panjang selama lebih kurang 2 tahun) dan berjual beli untuk pegangan jangka masa pendek, maka saya kini berasa yakin dapat menjawab persoalan tersebut, sekurang-kurangnya bagi diri saya sendiri. 1.Pelaburan Secara ringkasnya saya merasakan bahawa kedua-dua pilihan adalah diperlukan. Pelaburan jangka masa panjang adalah diperlukan untuk memastikan akaun anda berkembang pada jangka...