Berdagang atau melabur di Bursa Malaysia? Cara manakah akan mengembangkan akaun anda dengan lebih cepat?
Assalamualaikum,
Dalam hantaran blog saya pada kali ini saya akan berkongsi persoalan ketika saya mula-mula membeli saham di Bursa Malaysia lebih kurang dua tahun lepas. Persoalan tersebut adalah adakah akaun saya akan berkembang dengan lebih cepat sekiranya saya melabur untuk jangka panjang (mungkin lebih lima tahun) atau perlukah saya berdagang di Bursa Malaysia (berjual beli dalam jangka masa pendek sekitar dua tiga bulan selepas membeli saham) untuk memastikan akaun saya dapat berkembang dengan lebih cepat? Jadi sekarang selepas dua tahun dan setelah melakukan kedua-dua pilihan (iaitu memegang saham jangka panjang selama lebih kurang 2 tahun) dan berjual beli untuk pegangan jangka masa pendek, maka saya kini berasa yakin dapat menjawab persoalan tersebut, sekurang-kurangnya bagi diri saya sendiri.
1.Pelaburan
Secara ringkasnya saya merasakan bahawa kedua-dua pilihan adalah diperlukan. Pelaburan jangka masa panjang adalah diperlukan untuk memastikan akaun anda berkembang pada jangka masa panjang. Tetapi untuk memilih syarikat yang boleh berkembang pada jangka masa panjang dan pada masa yang sama patuh syariah juga adalah sedikit sukar. Melabur pada waktu yang tepat juga adalah diantara cabaran yang harus ditanggani untuk memastikan akaun anda sentiasa berada dalam keadaan untung untuk pelaburan jangka panjang. Sebagai contoh saya telah memilih Takaful Nasional, Al Aqar Reits dan MBSB untuk pelaburan jangka panjang tetapi setakat ini saya mengalami kerugian sebanyak 10 peratus untuk Takaful Nasional, 9 peratus untuk Al Aqar dan 19 peratus untuk kaunter MBSB.
2.Berdagang
Berbeza pula dengan saham-saham yang saya beli untuk didagangkan setelah dipegang untuk jangka masa pendek, kebanyakkannya pula telah mengalami kenaikan harga. Sebagai contoh saham-saham yang saya beli untuk didagangkan setelah dipegang untuk jangka masa pendek adalah Parkson (kini harganya telah naik 24 peratus), Pos Malaysia ( kini harganya telah naik 10 peratus) dan Top Glove (kini harganya naik 15 peratus).
Bagi saham-saham yang didagangkan saya biasanya akan menjualkan saham tersebut apabila harga sekurang-sekurangnya mencapai keuntungan 5 peratus dan biasanya saya akan menjual hampir 90 peratus pegangan saya dan akan membeli semula dikaunter tersebut apabila harga kembali turun (buy on a dip). Bagaimanapun kadang-kadang agak sukar untuk menentukan kadar keuntungan untuk membuat jualan terutama bagi saham-saham yang harganya bergerak dengan cepat jadi dalam situasi tersebut saya biasanya akan menjual sebahagian pegangan dahulu sebelum menjual bahagian yang lain apabila harga semakin naik (rujuk gambar Top Glove di bawah sebagai contoh).







Comments
Post a Comment