Cara jual dan beli saham di Bursa Malaysia menggunakan MooMoo

Assalamualaikum, 

Melalui hantaran blog saya pada kali ini saya akan berkongsi cara untuk membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia menggunakan applikasi Moomoo yang boleh anda lakukan menggunakan telefon pintar anda.

Sebelum boleh berjual beli ataupun melabur di Bursa Malaysia anda perlu membuka akaun untuk pelaburan dan proses ini boleh dibuat secara online menggunakan applikasi Moomoo. Permohonan biasanya akan diproses selama dua hari bekerja dan selepas akaun dibuka anda boleh meletakkan wang deposit ke akaun anda menggunakan bank transfer yang boleh dilakukan secara mudah. Maka setelah anda meletakkan wang tersebut anda sudah boleh mula melabur serendah RM100, tapi saya selalunya melabur dalam jumlah RM1000 untuk memastikan jumlah peratusan bayaran-bayaran terbabit - seperti caj komisyen iaitu 0.03% dari harga jualan dan belian, caj platform RM3, caj jualan SST 8% ke atas caj komisyen dan platform, cukai clearing fee 0.03% dari jumlah transaksi dan cukai setem RM1 bagi setiap RM1000 nilai dagangan - adalah rendah berbanding jumlah pelaburan. Secara kasar jumlah-jumlah berkaitan boleh menjadi sekitar RM5 hingga RM6 bagi setiap transaksi dan  tentunya jumlah ini akan menjadi lebih ekonomi bagi transaksi bernilai RM1000 (sekitar hanya 0.5% daripada nilai pelaburan) berbanding transaksi yang hanya bernilai RM100(akan menjadi sekitar 5% daripada jumlah pelaburan).

Sekiranya anda masih belum membuka akaun di Moomoo maka anda boleh membuka akaun menggunakan pautan rujukan saya di sini.

Bagi telefon pintar pula saya hanya menggunakan telefon Xiaomi 13T dengan 8 RAM dan talian prepaid Yes RM20 sebulan dan saya tidak mempunyai masalah untuk menggunakan applikasi Moomoo untuk melabur atau berdagang di Bursa Malaysia.

1. Membeli dan berjual saham di Bursa Malaysia. 

Setelah mengenal pasti kaunter tempat anda ingin membuat pelaburan, (carian kaunter boleh dibuat dengan mudah terutamanya sekiranya anda mengetahui kod kaunter. Sebagai contoh untuk kaunter Maxis, kodnya adalah Maxis, untuk Bank Islam ia adalah BIMB, untuk MBSB bank ia adalah MBSB dan untuk Tenaga Nasional Berhad(TNB) ia adalah TENAGA dsbnya), anda cuma perlu menekan butang "Trade" (seperti gambar di bawah)  untuk membeli dan menjual saham.

Setelah itu anda perlu mengisi maklumat "Order type" atau jenis pesanan. Secara ringkas "order type" terbahagi kepada dua iaitu "Limit Order" ataupun harga yang anda tetapkan sendiri ataupun "Market Order" ataupun harga pasaran semasa (lihat gambar di bawah). Saya sendiri gemar menggunakan "Limit Order" supaya transaksi boleh berlaku pada harga yang saya kehendaki sahaja.  Selepas itu masukkan jumlah unit saham yang ingin dibeli dan jumlah wang yang diperlukan akan dipaparkan dibawahnya. Perlu diingatkan jumlah ini adalah jumlah melibatkan transaksi sahaja yang tidak lagi termasuk caj lain seperti komisyen dan caj platform dsbnya.

Akhir sekali tetapkan "Time in force" atau selama mana pesanan ini mahu anda kekalkan. Anda boleh memilih "day" atau untuk temppoh sehari sahaja, ataupun GTD "Good till date"  ataupun hingga tarikh tertentu sahaja yang perlu anda tentukan ataupun GTC "Good til cancel" yang mana pesanan tersebut akan berterusan setiap hari sehingga anda membatalkan pesanan tersebut. Saya sendiri gemar menggunakan tempoh GTC kerana saya tidak perlu membuat pesanan setiap hari dan cuma perlu memeriksa pesanan sekali sekala sahaja. Selepas itu anda boleh memilih untuk membeli(tekan butang "Buy" di antaramuka applikasi) atau menjual(tekan butang "Sell" di antara muka applikasi) sekiranya anda ingin membuat jualan saham tersebut dan hanya perlu menunggu sehingga transaksi berlaku.Tranksaksi hanya akan berlaku apabila ada penjual bersetuju untuk menjual kepada anda pada harga belian yang diminta ataupun apabila pembeli bersetuju untuk membeli saham anda pada harga jualan yang anda minta. Bagi bahagian "conditions" anda boleh hanya meletakkan "None" di bahagian itu.

2. Harga bidaan dan harga jualan

Kita juga boleh melihat jumlah pesanan yang dibuat pelabur-pelabur lain. Harga "Bid" adalah harga bidaan yabg ditetapkan pelabur-pelabur lain untuk harga belian sementara harga "Ask" pula adalah harga jualan yang ditetapkan pelabur yang ingin menjual pegangan mereka.

Baiklah begitulah cara untuk membuat pembelian dan jualan menggunakan applikasi Moomoo. Transaksi adalah amat mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan menggunakan telefon bimbit anda. Saya sendiri berasa menyesal tidak mula melabur dengan lebih awal lagi kerana prosesnya adalah begitu mudah dan pesanan boleh dibuat pada waktu malam sebelum pasaran dibuka dan sekiranya anda bekerja sepenuh masa anda tidak perlu meluangkan masa yang banyak untuk membuat pesanan dan memantau akaun anda. Baiklah semoga berjumpa lagi di hantaran-hantaran blog saya yang lain di masa-masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Dana kecemasan dan tempat untuk membuat simpanan

Cara buat bajet bulanan