Kitaran tahunan pasaran saham dan kitaran pasaran 7 tahun
Assalamualaikum,
Dalam hantaran blog saya pada kali ini saya ingin menulis tentang kitaran tahunan pasaran saham, dan setelah menggunakan AI dan berdasarkan pengalaman saya sendiri bolehlah saya meringkaskan kitaran tersebut seperti di bawah. Terdapat dua jenis kitaran pasaran saham asas yang telah membantu saya untuk memahami pergerakan pasaran saham semenjak saya mula-mula berjinak-jinak untuk melabur dan berdagang di Bursa Malaysia semenjak lebih dua tahun lepas. Kitaran pasaran saham ini boleh anda kaji dengan lebih mendalam lagi sekiranya anda menggunakan AI untuk memberikan penjelasan lebih lanjut kepada anda. Jadi saya disini turut menggunakan AI untuk membuat ringkasan tentang kitaran-kitaran tersebut dan selain dari kitaran-kitaran ini juga ada kitaran-kitaran lain yang akan memberikan anda kelebihan sekiranya mengetahui tentang kitaran tersebut, tetapi bagi saya yang suka mempunyai garis panduan yang mudah maka saya biasanya akan hanya menggunakan dua kitaran ini sebagai asas untuk membuat keputusan apabila saya mahu untuk membeli saham and jenis-jenis saham yang hendak dibeli. Kitaran pasaran saham tahunan dan kitaran ekonomi tujuh tahun melibatkan fasa pengumpulan, kenaikan, pengagihan, dan kejatuhan. Melalui kitaran pasaran, pelabur harus menyesuaikan jenis saham seperti- saham defensif, bermusim, atau pertumbuhan — mengikut fasa semasa, untuk mengoptimumkan pulangan.
1. Kitaran tahunan pasaran saham (annual cycle) dan jenis saham
Kitaran tahunan lazimnya mengikut corak musim seperti frasa "sell in May and go away" atau kalau kita terjemahkan dalam Bahasa Melayu mungkin boleh menjadi "jual pada bulan lima dan bersyukur sahaja dengan apa yang ada". Ini kerana pasaran saham biasanya cenderung untuk naik dari bulan November hingga April. Fasa ini dipanggil fasa kenaikan atau fasa "Mark up". Bagaimanapun kejatuhan pasaran saham itu tidak semestinya berlaku pada bulan Mei tetapi boleh juga berlaku seawal Februari. Bagi tahun 2026 sebagai contohnya kejatuhan pasaran saham berlaku pada March 30. (Rujuk gambar) Ketika fasa ini berlangsung, biasanya saham pertumbuhan (growth stock) dan saham teknologi akan meningkat naik. Sementara itu bagi tempoh Mei- Oktober, biasanya pasaran saham akan menjadi mendatar ataupun semakin lesu dan menjadi lemah. Ketika ini saham-saham yang akan bertahan biasanya terdiri dari saham-saham defensif seperti saham utiliti dan barangan asas pengguna.
2. Kitaran ekonomi tujuh tahun dan jenis saham.
Kitaran pasaran saham tujuh tahun berlaku kerana ia mencerminkan corak perkembangan dan penguncupan ekonomi. Untuk tahun pertama sehingga ke tiga, pasaran saham akan mencerminkan fasa pemulihan dan perkembangan ekonomi. Saham-saham seperti saham kewangan dan perindustrian akan menjadi pilihan pelabur pada fasa ini. Bagi tahun ke empat sehingga kelima, ia adalah merupakan fasa kemuncak untuk ekonomi dan saham-saham seperti saham tenaga (energy) dan bahan asas akan menjadi pilihan para pelabur. Bagi tahun ke enam hingga ketujuh pula ia menjadi fasa kejatuhan dan pembetulan saham terutama sekiranya kemelesetan ekonomi bermula. Pada ketika ini pelabur-pelabur akan memilih saham-saham dengan dividen stabil ataupun pelaburan tunai ataupun komoditi emas. Persoalannya di fasa manakah kita berada pada tahun 2026?
Menurut Lance Robert dalam analisanya "The market cycles potentially driving 2026 return" di sini , beliau membayangkan pelabur dan pedagang kini berada di fasa kemuncak dan permulaan kejatuhan. Oleh itu beliau mencadangkan supaya persediaan untuk mengurangkan kerugian ataupun "stop loss" dipantau, keuntungan diambil bagi saham-saham yang telah mengalami kenaikan harga, menjual mana-mana saham yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan dan meningkatkan simpanan tunai.
Baiklah begitulah hantaran blog saya buat kali ini, semoga berjumpa lagi di masa hadapan, InsyaAllah.

Comments
Post a Comment